Tuesday, February 28, 2012

Penting Dalam Atkins

Assalamualaikum !!
www.taknakgemuk.com sudah pun berubah rupa kepada rupa yang lebih simple dan memudahkan orang yang ada masalah rabun warna untuk baca . Kelllllasss kau dzul ambil berat pasal colour blind.. huhu..

Seperti biasa , sebelum korang mengeluarkan sebarang soalan mengenai diet Atkins , maka , wajiblah korang khatam dulu seluruh blog ni secara sukarela , gembira , bersahaja , dan apa2 sahaja...pastikan juga korang sentiasa tgk maklumat terkini yang aku letak kat blog untuk mengelakkan daripada salah faham . sebab post2 yang tahun lepas mungkin ada keilapan yang aku dah perbaiki . macam kereta pulak boleh baiki2 ni .

Plus  , kalau berminat , boleh la join program OTOT ni . maklumat lanjut , sila KLIK SINI . Kita dah ada ramai client yang berjaya . masing2 dah kurus and bergaya , ha , kau adeeee??? =D

**************************************************

ada beberapa perkara penting yang aku tertinggal dulu , maklum la , aku dah tua , (20tahun bai) , so , banyak benda yang aku dah lupa , tak ingat , forget , dan alzheimer .


1. Eat good fats
-dalam atkins , FAT diperlukan . FAT tu bukan Fikri Amat Tomei2 , tapi FAT tu lemak! cakap lagi sekali? LEMAK!! tak ada fat , tak ada ketosis .
-Tetapi , amatlah afdal jika.. kita mengambil fat yang lebih berkualiti . Contohnya makanan yang mengandungi kurang saturated fat . Contohnya! white meat lagi elok daripada red meat .

2.Makanan Low fat tak semestinya Low carbs.
-celah mana pulak makan benda low fat sampai mati boleh kurus? low fat biasanya high carbs , sebab banyak sugar .

3.Jangan makan selepas pukul 8-9
-ini kerana kebanyakan makanan yg berpunca daripada protein , mengambil masa yang sangatlah lama untuk diproses . tak ada la lama macam korang nak tunggu baby 9 bulan baru lahir .

4.Gerak la sikit abg , kakak ...
-bila badan dalam ketosis , badan dah ready nak burn fat . so , buat sedikit aktiviti ! sejak bila pulak tgk tv , tukar tv guna remote tu kira kategori exercise??!! kellllasss kau dzul marah follower ... huhu..


5.Jangan makan terlampau sikit
-apa jenis manusia la orang suruh makan dia tak mau . suruh tengok jennifer anniston nak pulak??? bila makan sikit , metabolisma pun jadi rendah..
-and nanti kalau sakit siapa susah? doktor jugak susah sebab tak dapat bercuti dgn keluarga di Pulau Langkawi .

Banyak lagi benda yang aku terlupa nak cerita ... stay tune and nantikan lebih banyak aku mengarang disebabkan kerja pun tak banyak sekarang ni.. huhu..

********************************************

abang2 dan kakak2 yang dihormati sekalian .
sy merancang untuk membuat perjumpaan taknakgemuk 2012 pada bulan April .
jadi , diet la woiiiiiiiiii!! nanti boleh jumpa ;)

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul melaporkan dari .. batang kali , Canada .